Privacy Policy Bahasa Malaysia

Dasar Kerahsian
2nd Street Trading Malaysia Sdn Bhd mengiktiraf kepentingan maklumat peribadi dalam mengendalikan operasi perniagaan, dan meletakkan keutamaan yang tertinggi dalam memastikan maklumat tersebut dilindungi sepenuhnya. Untuk menjamin ketenangan fikiran kepada pelanggan kami, kami mematuhi undang-undang dan peraturan seperti Akta Perlindungan Data Peribadi dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak berkuasa kerajaan.

1. Definisi Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi bermaksud maklumat mengenai sesorang individu termasuk nama, jantina, alamat, tarikh lahir, nombor telefon, emel dan apa sahaja yang dapat mengenal pasti seseorang individu. Ia juga termasuk sejarah penggunaan atau maklumat yang tidak dapat mengenal pasti individu dengan sendirinya, tetapi boleh disahkan dengan beberapa maklumat yang lain.
2. Mengumpul Maklumat Peribadi
Kami menjelaskan tujuan untuk mengumpul maklumat peribadi apabila mengumpul maklumat tersebut, mengumumkan atau diterbitkan kepada pelanggan sejurus selepas mengumpul.
3. Menggunakan Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi akan digunakan atau disediakan mengikut tujuan penggunaan.
4. Tujuan Penggunaan
  1. Untuk menyediakan dan mengedarkan pendaftaran produk atau perkhidmatan, perkhidmatan selepas jualan, demi mendapatkan sokongan para pelanggan.
  2. Untuk mengenalpasti seseorang, mengesahkan hak penggunaan, menghubungi tentang produk, perkhidmatan dan invois.
  3. Untuk menggunakan aktiviti promosi jualan produk perniagaan, perkhidmatan, pengiklanan dan pemasaran sebagai Penghantaran mel terus.
  4. Untuk menyediakan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang 2nd STREET TRADING MALAYSIA SDN BHD (selepas ini dirujuk sebagai “2nd Street”) menganggap perlu dan sesuai di dalam keadaan tertentu.
  5. Untuk meminta menjawab soalan tinjauan bagi 2nd Street atau syarikat lain yang 2nd Street merasakan perlu atau sesuai.
  6. Untuk menganalisis sejarah akses di laman web kami, permasalahan mengenai produk atau perkhidmatan kami dan menyediakan data tinjauan.
  7. Untuk menambah baik perniagaan produk atau perkhidmatan kami yang 2nd Street menganggap perlu dan bermanfaat kepada para pelanggan.
 
5. Penyediaan Maklumat Peribadi kepada Pihak Ketiga
2nd Street tidak akan mendedahkan atau memberikan maklumat peribadi yang diperoleh daripada anda kepada mana-mana pihak ketiga kecuali untuk kes dimana penyediaan maklumat peribadi adalah berdasarkan undang-undang.
6. Pengendalian Maklumat Diproses Tanpa Nama
2nd Street boleh memberikan Maklumat Diproses Tanpa Nama kepada Pihak Ketiga untuk menganalisis sejarah capaian pelanggan di laman sesawang kami berkenaan produk dan perkhidmatan kami.
  1. Maklumat peribadi termasuk di dalam Maklumat Diproses Tanpa Nama umur, jantina, alamat (wilayah) dan sejarah capaian penggunaan.
  2. Peruntukan Maklumat Diproses Tanpa Nama dengan memuat naik ke dalam server yang boleh digunakan oleh Pihak Ketiga.
  3. Tempoh peruntukan Maklumat Diproses Tanpa Nama berterusan adalah diandaikan.
  4. Keselamatan Maklumat Yang Diproses Tanpa Nama.
i.2nd Street akan berusaha mengekalkan organisasinya, kakitangan, materialistik dan teknologi untuk mengelakkan kebocoran, kehilangan, kemusnahan dan kerosakan.
ii. 2nd Street menyediakan pendidikan yang diperlu dan sewajarnyakepada para pekerjanya untuk memastikan ia selamat.
iii.2nd Street akan mengawasi subkontraktor dengan sewajarnya seperti yang diperlukan  sekiranya diamanahkan untuk mengendalikan Maklumat Yang Diproses Tanpa Nama.
iiii.2nd Street menyediakan alamat untuk dihubungi bagi mengendalikan Maklumat Yang Diproses Tanpa Nama.  
 
7.Pendedahan kepada Rakan Kongsi Luar
2nd Street boleh memberikan maklumat peribadi kepada rakan kongsi luar apabila kami berkongsi semua atau sebahagian kerja. Dalam keadaan ini, kami akan menandatangani suatu kontrak dengan syarikat rakan kongsi luar mengenai pelindungan maklumat peribadi dan akan melaksanakan kawalan, bimbingan dan pemantauan yang ketat.
8.Pengurusan Maklumat Peribadi
2nd Street berusaha menguruskan maklumat peribadi pelanggan dengan teliti untuk mengelakkan daripada kebocoran, kehilangan, kemusnahan dan kerosakan.
Dalam soal pendaftaran atau penggunaan maklumat peribadi melalui internet atau peralatan komunikasi mudah alih, maklumat peribadi akan dilindungi sewajarnya oleh SSL teknologi yang bersesuaian dengan piawaian industri. 2nd Street tidak menjamin ketepatan keselamatan kerana kualiti komunikasi internet.

2nd Street menggunakan “Cookies” dan “Web beacons” di sebahagian laman sesawang kami untuk menjadikannya lebih mudah untuk seseorang memahami atau mengimbas.
2nd Street boleh merujuk kepada fail yang disimpan oleh pelanggan di dalam peranti anda.

1)“Cookie” adalah sistem fail data yang dipindahkan ke peranti anda apabila pelanggan menggunakan laman sesawang kami. Ianya berguna untuk mendapatkan sejarah penggunaan pelanggan atau kandungan input pelanggan.
Apabila pelanggan memasuki atau melawati laman sesawang yang sama sekali lagi, “Cookies” yang disimpan di dalam peranti pelanggan akan mengenali laman sesawang tersebut dan akan menunjukkan laman sesawang atau iklan yang sesuai kepada setiap pelanggan.
Jika pelanggan menerima “Cookies” di dalam tetapan carian anda, 2nd Street akan dapat mengakses “Cookies” anda melalui tetapan carian anda.

1.1) Tetapan “Cookies” Pelanggan boleh menukar tetapan carian untuk memadam “Cookies”, “menerima cookies”, “menolak cookies” atau “memberitahu apabila anda menerima cookies” dan sebagainya. Tetapan bergantung kepada tetapan carian yang anda gunakan. Sesetengah fungsi di laman sesawang kami mungkin terhad jika anda menolak daripada menggunakan “cookies”.

2.2) “Cookies” syarikat lain di laman sesawang kami
i. 2nd Street boleh membenarkan syarikat lain menyiarkan iklan pada laman sesawang kami, atau mengendalikan perkhidmatan pengedaran iklan (selepas ini dirujuk sebagai “Pentadbir Pengiklanan dan Pengedaran”) penghantaran, penyimpanan dan rujukan “cookies” di komputer anda.

ii.Penggunaan “cookies” oleh Pentadbir Pengiklanan dan Pengedaran adalah berdasarkan dasar kerahsiaan mereka, dan bukan n dari 2nd Street.

iii.Pengiklan-Pengiklan dan syarikat-syarikat lain tidak boleh merujuk kepada “cookies” oleh 2nd Street.

3.3) “Cookies” 2nd Street di Laman Sesawang Syarikat Lain
2nd Street boleh menghantar, menyimpan dan merujuk kepada “cookies” pada komputer anda apabila pelanggan melayari laman sesawang syarikat dimana iklan dibuat oleh 2nd Street, di bawah penyiasatan penggunaan atau di bawah konsainan rakan kongsi seperti pengiklan-pengkilan untuk meneruskan iklan yang disasarkan.
Ini tertakluk kepada pengedaran kandungan yang sesuai untuk pelanggan, iklan dan maklumat perkhidmatan kami, juga untuk menyiasat dan menambah baik kesan pengiklanan.

“Cookies” 2nd Street hanya akan digunakan mengikut dasar kerahsiaan kami. Ia tidak akan dikongsikan atau didedahkan kepada syarikat-syarikat lain secara langsung. Maklumat yang diperolehi melalui laporan “cookies” akan dijadikan sebagai statistik kepada syarikat rakan kongsi kami. Ia termasuklah ringkasan maklumat peribadi atau penggunaan namun, ia tidak termasuk data seperti maklumat peribadi yang boleh ditentukan.

4.4) Iklan Sasaran Tingkahlaku
2nd Street memaparkan “Iklan Sasaran Tingkahlaku” yang dipaparkan menarik untuk pelanggan yang dikenali sebagai menyediakan iklan yang lebih sesuai kepada para pelanggan.

5.5) Untuk Memahami Minat dan Kebimbangan  Pelanggan
i.Untuk memahami minat dan kebimbangan para pelanggan, 2nd Street telah menyimpan data para pelanggan melalui penggunaan “cookies”.
ii. Data yang disimpan adalah maklumat sejarah akses pada laman sesawang kami atau syarikat rakan kongsi. Namun, pengenalan individu tidak akan dapat dikenal pasti dan tiada sebarang mekanisme untuk dikenal pasti. Tempoh maksimum penyimpanan data adalah selama 2 tahun.

6.6) Untuk Menghentikan Iklan Sasaran Tingkahlaku
Jika anda ingin menghentikan iklan sasaran tingkahlaku syarikat lain di laman sesawang syarikat kami, anda hendaklah menghentikannya dengan menetapkan “opt-out cookie” mengikut penyediaan iklan. Jika anda menggunakan telefon pintar, anda boleh mengakses melaluinya.
9. Semakan Dasar Kerahsiaan
2nd Street boleh menyemak dasar kerahsiaannya untuk menambah baik dan melindungi penggunaan data peribadi. Pelaksanaan dasar  terkini hendaklah digunakan selepas tarikh dikeluarkan.
 
10.Pendedahan, Pembetulan, Penyekatan Maklumat Peribadi
Jika pelanggan mahupun wakil seseorang individu meminta kami mendedahkan, membetulkan, menambah atau menyekat penggunaan maklumat peribadi (selepas ini dirjuk sebagai “Pendedahan dll”), 2nd Street akan memberi tindak-balas sewajarnya terhadap permintaan tersebut.
2nd Street akan memaklumkan mengenai Pendedahan tersebut secara bertulis, lisan, telefon dan cara lain yang sah dan adil. 2nd Street akan memaklumkan mengenai pembetulan, penambahan atau penyekatan melalui lisan atau telefon. (Sila ambil perhatian bahawa tiada sebarang sijil akan dikeluarkan.)
 
11.Pemadaman Maklumat Peribadi
2nd Street mungkin tertakluk kepada pemadaman maklumat peribadi pelanggan tanpa notis, seperti di dalam keadaan di bawah mana-mana item berikut:
  1. Apabila 2nd Street tidak boleh menghubungi pelanggan walaupun melalui cara penghubungan yang sesuai.
  2. Apabila pelanggan tidak menggunakan atau mengakses dalam satu tempoh masa yang lama.
  3. Selain itu, apabila 2nd Street menganggap tidak sesuai sebagai pelanggan kami.
 
14. Hubungi untuk Maklumat Peribadi
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan mengenai kandungan Maklumat Peribadi, sila hubungi kami seperti di bawah.
  1. Pertanyaan untuk Dasar Kerahsiaan kami mengenai maklumat peribadi, perkongsian maklumat dan Maklumat Yang Diproses Tanpa Nama. Sila hubungi kami melalui borang pertanyaan di laman sesawang 2nd Street.
15. Lain-Lain
Mengikut Seksyen 7(3) PDPA, Polisi Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.